Sunday, October 9, 2011

5th day of class.. ????

On the 5th day of class we are learned about scientific process skill. The truth was i'm kind of lost and blur at this time because i'm not attending the class on that day. The reason why is i was participating marching for Patriotic Day, Okay done!! let's begin with the learning stuff..

Apa Itu Kemahiran Sainstifik??

kemahiran yang membantu kita menjalankan sains dan kemahiran memanipulatif.Jadi, untuk membantu kita memudahkan lagi menjalankan proses sains seperti eksperimen kita perlu memahami kemahiran saintifik ini. 

Terdapat  12 perkara yang merangkumi kemahiran Proses Sains  iaitu memerhati, mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,berkomunikasi,menggunakan perhubungan ruang dan masa,mentafsir maklumat,mendefinasikan secara Operasi,mengawal memboleh ubah,membuat hipotesis dan mengeksperimen.

Proses-Proses Kemahiran Sainstifik

MEMERHATI
Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau kesemua deria dan dibuat secara kualitatif atau kuantitatif.

MENGELAS
Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya.

MENGUKUR DAN MENNGUNAKAN NOMBOR
Kelebihan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat pendawaian.

MEMBUAT INFERENS

Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian..
kesimpulan yang dibuat pula mungkin benar atau salah.

MERAMAL
Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.

BERKOMUNIKASI
Kemahiran yang merujuk kepada kelebihan menerima,memilih dan memepersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.

MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
Kelebihan memperihalkan atau menunjukkan lokasi,arah,bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

MENTAFSIR MAKLUMAT

Kelebihan memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.

MENDEFINASI SECARA OPERASI
Proses memberi definasi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
Satu faktor,keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji.

MEMBUAT HIPOTESIS

Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah.(Boleh diuji kesahihannya)
MENGEKSPERIMEN
Kelebihan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.

No comments:

Post a Comment